suria

Penat jadual persembahan terlalu padat, Haechan NCT dikejarkan ke hospital

Haechan dikejarkan ke hospital gara-gara jadual kerja yang terlalu padat.

PENYANYI kumpulan NCT DREAM iaitu Haechan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan akibat denyutan jantung tidak normal akibat terlalu penat bekerja.

Gara-gara isu kesihatan itu, agensi pengurusan SM Entertainment memaklumkan penyanyi tersebut tidak dapat mengadakan persembahan dalam masa terdekat ini.

Pengurus minta peminat doakan Haechan kembali pulih

"Ingin memberitahu tentang kesihatan Haechan dan alasan dia tidak dapat hadir dalam mana-mana program.

"Haechan dibawa ke hospital selepas sukar bernafas dan denyutan jantung yang tidak normal... dia terpaksa menerima rawatan," katanya menerusi satu kenyataan media.

Sementara itu, penyanyi Glitch Mode itu akan terus melakukan pemeriksaan di hospital dan memerlukan rehat secukupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seen Festival bakal himpun artis kpop popular, ada peluang tentang mata secara langsung

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dedah foto Jungkook bercuti dengan teman wanita di Jeju, pemilik restoran kata itu pekerja restorannya

Pihak SM Entertainment juga meminta peminat untuk menerima berita ini dengan baik dan dapat mendoakan supaya Haechan kembali pulih seperti sedia kala.

"Doktor nasihatkan Haechan untuk berehat sebentar sehingga sembuh dan dia juga tidak dibenarkan untuk mengadakan persembahan sehingga diberitahu kelak.

"Kami harap semua peminat dapat menerimanya dan kami memohon maaf kerana timbulkan kebimbangan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain