PASANGAN selebriti Hollywood, Kylie Jenner dan Travis Scott dikhabarkan sekali lagi berpisah selepas menyambut ulang tahun kelahiran bayi lelaki mereka baru-baru ini. Memetik laporan US Weekly, sumber memberitahu pasangan itu sepatutnya meluangkan masa bersama, tetapi Kylie dilihat ke Aspen bersama keluarga dan teman rapat tanpa kehadiran Travis. "Kylie dan Travis berpisah lagi. Mereka seharusnya menghabiskan masa untuk bercuti bersama. Tetapi, Kylie ke Aspen bersama keluarga dan teman-temanya," katanya. Kylie dan Travis bersama anak mereka, Stormi. Menurut sumber itu lagi, hubungan Kylie dan Travis yang sering berantakan menyebabkan mereka sudah banyak kali memutuskan hubungan. "Perkara ini sudah berkali-kali terjadi. Mereka sering putus dan berbaik kembali. "Tetapi, mereka masih berkawan dan menjaga anak bersama-sama," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner, Travis Scott dilaporkan berpisah selepas dua tahun bercinta ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak masuk setahun! Kylie Jenner tetap rahsia wajah dan nama anak kedua Malah, peminat juga sudah lama dapat menghidu perpisahan mereka kerana Kylie tidak lagi menyambut krismas bersama teman lelakinya itu. "Kali terakhir mereka bersama adalah ketika meraikan Hari Kesyukuran bersama sebagai satu keluarga, namun sejak dari itu hanya Kylie dan dua anaknya menyambut krismas dan Tahun Baharu," kata peminat. Untuk rekod, Kylie mempunyai dua cahaya mata bersama Travis iaitu Stormi, 5, dan seorang lagi anak lelaki yang namanya masih lagi dirahsiakan dan hanya menggelarkannya sebagai Wolf. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI