PENYANYI kelahiran Taiwan iaitu Wu Qing Feng mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seorang peminat selama bertahun-tahun sehingga dia sudah tidak tahan dengan sikap wanita berkenaan. Kata Qing Feng, wanita berkenaan bukan sahaja mengekorinya malah sering menghantar foto lucah kepadanya dengan harapan dia akan tertarik dengannya. "Dia bukan sekadar hantar gambar lucah, tapi dia terus menerusi mengekori ke mana sahaja saya pergi... malah dia pernah mengejar saya sampai ke rumah! Luahan Wu Qing Feng berkenaan peminatnya. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ia buat saya rasa tidak selesa," katanya. Meluahkan perkara itu buat pertama kali di media sosial miliknya, Qing Feng turut menggesa agar wanita itu berhenti menganggu selain tidak lagi hadir ke konsertnya. ARTIKEL BERKAITAN: Shindong Super Junior dah ada buah hati tapi tak mahu kahwin lagi ARTIKEL BERKAITAN: Jake Gyllenhaal imbau adegan intim dengan Jennifer Aniston 20 tahun lalu, anggap ia satu penyeksaan "Tolong jangan datang ke konsert saya lagi. Terus terang, saya dapat melihat awak di antara penonton saya selama ini. Tapi kelakuan awak pada saya secara peribadi selama ini sangat membuatkan saya tidak selesa. "Jika awak terus melakukan perkara itu, awak akan menjadi 'raksaksa'. Saya melakukan ini demi kita. Jika awak tidak mahu disekat daripada media sosial saya lebih baik awak berhenti lakukan semua ini," katanya lagi. Tambah Wu Qing Feng, kejadian seperti ini bukan kali pertama berlaku pada dirinya namun dia tidak mahu wanita berkenaan bertindak lebih teruk lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI