suria

Peminat dedah foto Jungkook bercuti dengan teman wanita di Jeju, pemilik restoran kata itu pekerja restorannya

Gambar Jungkook dengan seorang wanita yang didakwa merupakan teman wanitanya tular.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jungkook dilaporkan sedang bercuti bersama teman wanitanya di Pulau Jeju apabila ada peminat terserempak dengan pasangan tersebut.

Gambar yang dimuat naik peminat mendedahkan Jungkook memakai baju hitam dan topi putih berserta kapsyen membuatkan peminat menyerbu ruang komen foto berkenaan untuk memberi komen.

"Jungkook dah jumpa cinta hatinya," tulis individu berkenaan.

This is the important motive why BTS’ Jungkook should cancel the Qatar performance - 1

Jungkook sedang bercuti di Pulau Jeju bersama seorang wanita

Sehingga kini wajah dan identiti wanita tersebut belum dapat dikenal pasti kerana gambar yang ditularkan itu hanya menunjukkan bahagian belakang wanita berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata peminat menafikan tentang dakwaan tersebut dan memberitahu gambar penyanyi lagu Butter itu sebenarnya bersama rakan-rakannya yang diambil beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat BTS beli kereta mewah Jungkook, bayar 5 kali ganda berbanding harga asal

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS dipilih nyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Dalam pada itu, pemilik restoran berkenaan turut memunculkan diri mendedahkan wanita dikatakan kekasih Jungkook itu sebenarnya adalah pekerja di situ.

Pekerja itu dilihat berdiri di sebelah Jungkook kerana penyanyi itu memberikan tandatangannya kepada wanita tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain