suria

Selepas alami keguguran, Jessie J umum hamil buat kali kedua

Jessie J umum hamil anak pertama.

SELEPAS mengalami keguguran pada November 2021, penyanyi Jessie J telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama.

Jessie, 35, meluahkan rasa teruja dan dalam masa yang sama berasa takut untuk memberitahu tentang berita kehamilannya ini.

Jelas Jessie, dia seakan ingin menangis kegembiraan atas berita gembira yang diterima.

"Saya sangat gembira dan takut untuk berkongsi perkara ini.

jessi2 - 1

Jessie teruja mengumumkan berita kehamilan.

"Tolong mudahkan urusan saya, sejujurnya saya rasa ingin menangis kegembiraan setelah mendapat tahu saya hamil lagi," katanya.

Jessie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada degupan jantung ketika 'check up' kali ketiga, Jessie J sedih disahkan keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah istimewa sempena Krismas... Isteri Randy Pangalila umum hamil anak kedua

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat begitu teruja mendengar khabar berita ini dan mengucapkan tahniah buat penyanyi berkenaan.

"Ahhhh saya sangat gembira untuk awak, tahniah!.

"Saya masih ingat awak berkongsi tentang kesuburan pada persembahan di New York. Ini sangat menakjubkan. Saya tumpang gembira.

jessi1 - 1

Peminat dan rakan-rakan tumpang gembira dengan kehamilannya.

"Tak sabar nak tunggu kelahiran bayi awak," tulis mereka.

Terdahulu, Jessie pernah berkongsi berita sedih apabila dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan buat kali ketiga pada November 2021.

Penyanyi lagu Price Tag itu juga turut mendedahkan dia melalui proses kesuburan bagi mendapatkan zuriatnya sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain