suria

Biar betul! Timbul spekulasi Tangmo Nida masih hidup, tular video sedang bercuti di luar negara

Video Tangmo sedang bercuti di Australia tular di media sosial.

PUNCA kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida masih lagi menjadi persoalan sehingga timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Terbaharu muncul khabar angin mendakwa aktres itu masih hidup apabila tular video dia memakai baju biru dilihat sedang seronok bercuti di Australia.

Netizen dakwa Tangmo masih hidup

Malah, ada juga cerita kononnya pelakon filem The Last Heroes itu telah dijual kepada seorang mafia luar negara yang tidak dapat dikenal pasti identiti.

Sumber turut mendakwa mayat wanita yang ditemui oleh pihak polis di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu adalah bukan mayat mendiang Tangmo.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun FB Tangmo tiba-tiba aktif, dedahkan kejadian sebenar jatuh bot... Tuntut keadilan daripada 5 rakan

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih bawa kucing kesayangan tengok Tangmo Nida kali terakhir, selamat dikremasi selepas 3 bulan meninggal dunia

Meskipun timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi, namun ada juga peminat meminta orang ramai menerima takdir pelakon itu sudah meninggal dunia.

"Kalau betul masih hidup biar lah dia teruskan kehidupan barunya. Tetapi kalau sebaliknya, kita kena terima juga.

"Semua orang masih mengharap yang Tangmo masih hidup. Tetapi kita kena terima dengan keputusan polis Thailand. Biarkan dia berehat di sana dengan tenang. Selepas apa yang rakan-rakan dia telah buat kepadanya," komen netizen.

Tangmo mungkin dijual kepada mafia luar negara

Pada Februari tahun lalu, Tangmo Nida dilaporkan terjatuh dari bot laju dan lemas di Sungai Chao Phraya berhampiran wilayah Nonthaburi di utara Bangkok selepas keluar makan malam bersama dengan lima orang rakannya.

Kesemua lima rakannya telah disoal siasat pihak polis Thailand kerana didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian, berbohong dan menyembunyikan bukti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain