suria

Rampas isteri orang? Choi Jung Won bukan punca rumah tangga kenalan lama retak

Choi Jung Won nafi keluar minum dengan isteri orang.

PELAKON Choi Jung Won tampil menafikan khabar angin mendakwa dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga seorang wanita yang juga merupakan kenalan lamanya.

Menerusi Instagram, anggota kumpulan UN itu membantah dakwaan mengatakan dia melakukan tindakan tidak bermoral itu dan menjalinkan hubungan cinta dengan isteri orang.

Kenyataan yang dimuat naik Choi di Instagram

"Pertama sekali, saya ingin minta maaf dengan berita rampas isteri orang yang telah mengejutkan semua peminat," katanya.

Pelakon Witch's Castle itu memberitahu bahawa video pengakuan yang dibuat oleh suami wanita itu di lamanYouTube adalah tidak benar.

Jelas Jung Won, wanita yang dikenali Choi itu merupakan kawan lamanya dan mereka bertemu di aplikasi KakaoTalk.

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS terima terlalu banyak surat dan hadiah... Pengurusan minta peminat hormati latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jadual persembahan terlalu padat, Haechan NCT dikejarkan ke hospital

"Saya ada menghubunginya dan keluar makan bersama sebanyak dua, tiga kali. Tetapi ketika keluar bersama, kami hanya bercakap tentang keluarga, cara membesarkan anak dan mendengar masalah antara satu sama lain.

"Sekarang kami hanya kawan rapat dari kawasan kejiranan. Kami dibesarkan dalam keluarga yang rapat," katanya.

Sekadar info, khabar angin itu muncul selepas seorang YouTuber memuat naik video mendakwa bahawa pelakon itu keluar minum dengan seorang wanita yang sudah berkahwin di Sungai Han.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain