PENAMPILAN penyanyi dan pelakon Selena Gomez semasa menghadiri acara Golden Globe Awards baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila bentuk badannya dilihat sedikit berisi. Tidak terkesan dengan kritikan peminat tentang hal tersebut, Selena, 30, mengakui berat badannya meningkat sejak kebelakangan ini disebabkan musim cuti hujung tahun yang diraikan sebelum ini. "Badan saya sedikit besar sekarang ini. Saya menikmati hidup sepanjang musim cuti lalu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez bosan hidup sendiri, luah hasrat mahu berkahwin Selena tampil menjelaskan perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik selepas tamat cara berkenaan. Pada malam Golden Globe Awards yang lalu, Selena buat pertama kali dicalonkankan sebagai pelakon wanita komedi/muzikal terbaik bagi drama televisyen menerusi lakonannya dalam Only Murders in the Building. Semasa acara karpet merah dia berjalan bersama adiknya Gracie Elliot Teefey, 9. Pada malam tersebut, dia menggayakn busana dari koleksi musim luruh 2022 Valentino. Ini bukan kali pertama Selena menerima komen bodyshaming sebegitu. Dia sebelum ini juga menjelaskan tidak pernah ambil pusing dengan komen orang sekeliling kerana ada sahaja yang akan mengkritik setiap kali dia tampil bergaya dalam mana-mana acara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube