suria

Hati sedang berbunga... Selena Gomez tayang kemesraan dengan anggota The Chainsmokers 

Selena dikatakan sedang hangat bercinta.

PENYANYI Selena Gomez dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan anggota kumpulan The Chainsmokers iaitu Andrew Taggart selepas kedua-dua selebriti popular itu dilihat menghabiskan masa bersama di Manhattan, New York.

Pasangan itu turut dilihat menghabiskan masa menonton wayang selain dilihat beraksi mesra sambil berjalan berpimpinan tangan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat mereka.

Bagaimanapun, baik Selena atau Andrew memilih mendiamkan diri berhubung perkara itu namun sumber terdekat mengesahkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

selena1 - 1

Selena dan Andrew meluangkan masa bersama.

"Mereka tidak lagi cuba menyembunyikan hubungan romantis di antara mereka dan dilihat bersama di sebuah kelab persendirian.

"Mereka menghabiskan masa dengan bermain boling dan menonton wayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik sebab bahagia, Selena Gomez sudah biasa jadi mangsa 'body shaming'

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil mesra dalam foto, Justin Bieber larang isteri berbaik dengan Selena Gomez

"Selena hampir tidak mahu melepaskan tangan Andrew dan mereka dilihat sedang berseronok bersama-sama," kata sumber kepada US Magazine.

Untuk rekod, Andrew pernah menjalinkan hubungan dengan anak bongsu Steve Jobs yang merupakan model, Eve Jobs sekitar empat bulan lalu.

Bagaimanapun sumber mendedahkan kemesraan Eve dan Andrew hanyalah sekadar untuk mengisi waktu santai di musim panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain