suria

Lawatan ke negara Asia paling menakjubkan, Kuala Lumpur destinasi kegemaran Dua Lipa

Dua Lipa memilih Kuala Lumpur sebagai tempat menarik.

PENYANYI antarabangsa Dua Lipa mendedahkan Kuala Lumpur sebagai destinasi paling menarik pernah dikunjunginya sepanjang menjejalah dunia sebelum ini.

Lipa, 28, berkata, dalam banyak-banyak negara yang pernah dilawati, dia memilih Kuala Lumpur sebagai antara bandar kesukaannya.

"Banyak tempat yang pernah saya kunjungi, tetapi saya sangat suka Kuala Lumpur. Saya melawat kuil-kuil yang menakjubkan di sana.

"Saya rasa setiap kali saya ke negara Asia, ia adalah antara pengalaman yang paling menarik," katanya.

dua2 - 1

Dua Lipa mengakui Kuala Lumpur sebagai bandar paling menarik.

Lipa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di apilikasi Tiktok sewaktu penyanyi berkenaan menjawab soalan diberikan peminat.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat terkejut dan tidak menyangka penyanyi lagu New Rules itu menyebut Kuala Lumpur sebagai destinasi kegemarannya.

"Saya menjerit kerana tidak menyangka dengan jawapan diberikan. Kuala Lumpur mendunia!," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa mengaku lebih seronok hidup 'single'... tutup gosip cinta dengan Trevor Noah

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan baharu dengan penyanyi rap... Dua Lipa dah jumpa pengganti selepas putus Travis Noah

Lipa pernah hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert The Self-Titled Tour di KL Live pada 3 Mei 2018.

Sebelum itu juga, penyanyi berkenaan pernah mengadakan persembahan di Good Vibes Festival di The Ranch @ Gohtong Jaya, Genting Highlands pada 2017.

Untuk rekod, Dua Lipa popular menerusi beberapa buah lagu termasuk Levitating, One Kiss, IDGAF dan Kiss and Make Up.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain