SEMPENA meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-50, penyanyi Indonesia Ari Lasso meminta peminatnya untuk menderma kepada pesakit kanser. Ari atau Ari Bernardus Lasso, 50, berkata tujuannya meminta sumbangan itu adalah sebagai tanda kesyukuran masih dipanjangkan usia dan berharap dapat memberi manfaat kepada pejuang kanser yang lain. "Sebagai ungkapan syukur menjelang ulang tahun kelahiran ke-50, beri saya hadiah ya, bukan untuk saya tetapi kita beri kepada para pejuang kanser," katanya yang menyambut hari kelahiran pada Selasa. Ari merupakan bekas pejuang kanser limfoma. Ari berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Rahasia Perempuan ini turut mengimbau kenangan dua tahun menyambut hari kelahiran di hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut melampau... Ari Lasso disahkan hidap kanser limfoma tahap dua, bakal jalani rawatan kimoterapi di Singapura ARTIKEL BERKAITAN: Bebas dari kanser Limfoma, Ari Lasso syukur kembali menyanyi selepas setahun berehat Kata Ari, dia bersyukur kerana tahun ini dapat meraikannya di rumah bersama insan tersayang. "2021, 2022 saya menyambut ulang tahun kelahiran di hospital. Dua ulang tahun terberat dalam hidup saya. "Tahun ini saya bersyukur boleh meraikannya di rumah bersama orang-orang penting dalam hidup saya. Terima kasih semua atas doa dan sokongan," ujarnya. Ari bersyukur dapat meraikan hari ulang tahun kelahiran bersama keluarga. Ari disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua pada September 2021 dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit kanser. Bagaimanapun, sekitar Februari 2022, keluarga penyanyi berkenaan memaklumkan bahawa Ari akhirnya bebas kanser. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube