suria

Trauma gagal padam foto bogel di internet, pelakon Dan Benson nekad tukar kerjaya jadi bintang porno

Personaliti Dan juga berubah berbanding dirinya ketika remaja (kanan).

TERSILAP langkah berkongsi foto bogel dengan ramai wanita hingga tular di laman pornografi, pelakon Dan Benson akhirnya mengambil keputusan untuk mengubah haluan kerjayanya.

Kata Ben, 36, keputusan untuk memilih jalan tersebut dibuat selepas dia gagal memadam foto tersebut di internet sehingga menyebabkan dia hilang banyak tawaran kerja.

"Menghantar gambar bogel kepada wanita yang tidak dikenali bukanlah satu tindakan yang betul. Mereka memuat naik gambar saya ke laman web porno.

ARTIKEL BERKAITAN: Berzina tapi solat Subuh tak tinggal - Nikita Mirzani

"Saya berusaha untuk padam semua gambar tersebut, namun gagal. Saya juga kehilangan banyak tawaran kerja. Kejadian tersebut membuatkan saya trauma.

"Jadi saya buat keputusan untuk berhenti memadam penyebaran foto itu. Lebih baik kalau saya sendiri sertai laman itu daripada orang lain terus menjual hak privasi saya," katanya.

Dan yang mula mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak dalam siri Wizards of Waverly Place membawa watak bernama Zeke memberitahu seronok mengendalikan kandungan porno itu.

"Saya bertemu ramai orang dalam industri filem dewasa dan mengubah hidup saya menjadi seorang yang lebih baik," jelas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain