suria

Ashanty berputih mata... 14 buah beg tangan berjenama lesap dicuri orang terdekat

Ashanty menunjukkan beg tangan yang hilang.

PENYANYI Ashanty mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila barangan jenama mewah miliknya hilang dipercayai dicuri oleh orang terdekat.

Antara barangan yang hilang dalam simpanannya adalah 14 buah beg tangan berjenama seperti Hermes, Gucci, Christian Dior, Prada dan Louis Vuitton.

Selain itu sebuah kamera milik anaknya dan tali pinggang berjenama juga lesap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty jawab soalan peminat tentang hubungan intim bersama suami

Kata isteri kepada penyanyi dan komposer Anang Hermansyah itu, dia mula menyedari perkara tersebut apabila memeriksa koleksi tersebut yang disimpan di dalam almari.

Susulan kejadian tersebut dia meminta mana-mana pihak yang terjumpa penjual barangan mewah terpakai untuk menghubunginya.

“Kalau ada orang terdekat saya yang pakai atau menjual barang-barang ini tolong segera hubungi kerana saya kehilangan 14 buah beg tangan.

“Ada seorang re-seller yang sudah menghubungi saya. Terima kasih kerana memberi maklumat. Buat yang lain tolong kongsikan dan saya akan berjumpa terus,” katanya.

Sementara itu menerusi status yang dimuat naik di Instastory, Ashanty berkongsi beberapa akta undang-undang kerajaan Indonesia tentang hukuman terhadap pencuri, penjual barang curi atau pembeli dari barangan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain