suria

Song Joong Ki bakal kahwin lagi, sudah daftar pernikahan dengan wanita Inggeris

Joong Ki kembali bergelar suami.

PELAKON Song Joong Ki berkongsi khabar gembira apabila dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya iaitu Katy Louise Saunders tidak lama lagi.

Joong Ki memaklumkan dia juga sudah membuat pendaftaran pernikahan mereka berdua.

"Kami impikan hidup gembira bersama. Kami berusaha untuk sentiasa berpegang pada janji antara satu sama lain dan bersyukur menyambut kehadiran orang baru (anak) dalam hidup kami.

"Hari ini (Isnin) dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang antara satu sama lain, kami kini dalam perjalanan pulang selepas mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri," katanya.

song joong ki 2

Song Joong Ki kini dalam fasa bahagia.

Sementara itu pelakon drama Reborn Rich ini juga menyifatkan kekasihnya itu sebagai seorang wanita yang baik dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.

"Saya berjanji untuk hidup bersama Katy Louise Saunders yang selama ini sentiasa di sisi saya. Dia seorang wanita yang baik dan saya amat menghormatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki tayang kekasih minah salih, ada peminat dakwa nampak di klinik ibu mengandung

"Terima kasih kepada dia kerana kehadirannya menjadikan saya lelaki yang lebih baik," ujarnya.

Pada hujung Disember tahun lalu, Joong Ki mengesahkan hubungan cintanya dengan Saunder dan wanita itu turut diperkenalkan dalam satu sidang media yang berlangsung di Singapura sebelum ini.

Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendant of the Sun.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan berpisah pada Julai 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain