suria

Pakaian cetakan wanita berbogel kena kecam, peminat panggil Kourtney Kardashian sebagai sampah!

Kourtney Kardashian seakan tidak berpakaian dikecam netizen.

PENAMPILAN selebriti Kourtney Kardashian menjadi bualan peminatnya apabila mengenakan pakaian seolah-olah dirinya sedang berbogel.

Baju yang dihasilkan oleh Balmain berinspirasikan Renaisans itu memaparkan bentuk tubuh wanita di bahagian depan membuatkan Kourtney terlihat tidak berpakaian dengan sekali imbas.

Malah baju tersebut juga memaparkan bentuk payu dara dan juga bahagian sulit wanita.

Kourtney Kardashian kongsi fesyen terbaharunya bersama peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kourtney dilihat berkongsi bahagian depan dan belakang baju berkenaan.

"Jika anda perlu membuat panggilan sila tutup dan cuba lagi," katanya.

Perkongsian foto itu mengudang pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata tidak senang melihat fesyen yang digayakan bintang Kardashian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen baju pink ketat Kourtney Kardashian dikecam... netizen kata memalukan!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak rupa manusia! Netizen meremang lihat Doja Cat dilitupi 30,000 kristal Swarovski

"Baju ni nampak mengarut betul. Dulu dia sangat cantik tapi sekarang macam sampah.

"Baju dengan dia sama buruk, dia tak pandai berfesyen.

"Memalukan! Aku tak faham dengan gaya pakaian dia, aku terlalu bodoh atau dia yang bodoh," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain