GARA-GARA dilihat bercuti dan merakam gambar mesra bersama, pelakon Luna Maya dikatakan kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pengacara Gading Marten. Menafikan hal tersebut, Luna, 40, menjelaskan mereka sudah lama berkawan baik sejak 15 tahun lalu dan pergi ke Jepun bersama baru-baru ini adalah atas urusan kerja. "Kami sudah berkawan lama. Jadi apabila mendengar gosip ini kami anggap ia kelakar. ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dedah pernah tolak lamaran lelaki hartawan, selesa hidup sendiri "Saya dan Gading ke Jepun kerana ada projek kerja bersama. Disebabkan kami berkawan baik, jadi saya ajak dia bergambar sama. "Ia hanya sekadar content dan tiada niat lain," katanya seperti yang dipetik dari Detik. Kata Luna lagi, dia tidak terkejut gosip tersebut menjadi bualan netizen kerana ketika itu Gading pergi ke sana tanpa membawa keluarga. Luna sering digosipkan bercinta apabila dilihat rapat dengan mana-mana lelaki. Menurut Luna, sepanjang dia berkawan dengan Gading, lelaki itu seorang yang ceria dan selalu mengambil berat tentang orang lain. "Dia seorang yang baik dan menyenangkan. Jarang nampak dia bersedih. Dia juga sangat prihatin terhadap rakan-rakannya. Saya senang berkawan dengannya kerana dia seorang yang fun," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube