suria

Tuduh bekas isteri hamil anak orang lain hanya ikut firasat, Tegar Septian akui tiada bukti kukuh

Tegar mahu dapatkan kepastian status sebenar anaknya.

PENYANYI Tegar Septian membuat pengakuan bahawa dia tidak mempunyai bukti kukuh atas dakwaan kononnya anak hasil pernikahan dengan bekas isteri iaitu Sarah Sheilka bukan darah dagingnya sendiri.

Sebaliknya kata Tegar dia mendedahkan hal tersebut sebelum ini ketika sesi siaran langsung di laman TikTok hanya mengikut naluri sendiri dan atas desakan netizen.

"Itu hanya firasat saya sahaja. Saya tidak tahu bagiamana hendak jelaskan kerana terlalu peribadi. Saya 'dipancing' oleh netizen," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar Septian dedah bekas isteri hamil sebelum nikah, anak bukan darah daging sendiri

Dia menjelaskan hal tersebut ketika tampil menjadi tetamu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia.

Bagaimanapun kata bekas peserta Big Stage 2022 ini, dia terbuka untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mendapatkan kepastian tersebut.

"Kalau mahu lakukan ujian DNA saya tidak ada masalah. Jika benar itu anak saya, Alhamdulillah. Saya hanya perlukan kepastian," jelasnya.

Isu antara Tegar dan Sarah sering kali mendapat perhatian selepas dia sendiri mengeluarkan kenyataan putar belit selepas mengumumkan mereka bercerai pada Jun 2022.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan memiliki seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain