suria

Netizen tegur wajah nampak berbeza… Siti Badriah mengaku buat suntikan tanpa pembedahan

Siti Badriah akui wajah semakin cantik dengan rawatan filler.

PENYANYI Siti Badriah menyangkal dakwaan bahawa dia melakukan pembedahan plastik pada wajahnya sehingga menjadikannya rupa paras lebih cantik berbanding sebelum ini.

Badriah, 31, berkata dia tidak melakukan pembedahan plastik sebaliknya hanya menerima rawatan filler di beberapa bahagian wajahnya.

"Alhamdulillah, saya tidak buat pembedahan plastik tapi hanya menggunakan filler di bahagian bibir serta dagu dan botok di bahagian pipi," katanya menerusi laporan IntipSeleb.

Siti Badriah senang hati kongsi rawatan yang dilakukan bersama peminat.

Dia yang terkenal dengan lagu Lagi Syantik ini berkata bahawa dirinya tidak mengubah apa-apa pada bahagian hidungnya.

Katanya, dia hanya memanfaatkan perubatan canggih yang ada masa kini untuk membuatkan dirinya terlihat lebih cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Siti Badriah, suami pula dijangkiti Covid-19... Rasa sakit tulang belakang

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah tawar hadiah wang tunai RM3,000 teka jantina bayi dalam kandungan

"Zaman sekarang sudah semakin canggih, rasanya penggunaan produk penjagaan kulit sahaja tidak mencukupi," katanya lagi.

Tambahnya, ini bukan kali pertama dia diserang dengan netizen dengan soalan begitu namun memilih untuk mengaku dengan segala yang telah dilakukan pada wajahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain