PELAKON Pamela Anderson mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa cabul penngasuh semasa masih kanak-kanak. Menurut Pamela, 55, kejadian itu berlarutan sehingga tiga ke empat tahun namun dia tidak pernah mendedahkan hal tersebut kerana diugut oleh wanita berkenaan. Gara-gara tertekan dengan tindakan tidak bermoral itu, pelakon Baywatch ini pernah melakukan cubaan untuk membunuh individu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan #cancelpercy trending di Twitter, pelakon siri Wednesday dituduh lakukan serangan seksual "Dia ugut supaya saya tidak memberitahu ibu bapa. Saya juga cuba melindungi adik saya dari diganggu olehnya. Saya pernah cuba membunuhnya dengan menikam di bahagian hati menggunakan gula-gula," katanya. Wanita tersebut bagaimanapun meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan. Pamela juga pernah berdoa memohon wanita tersebut mati dan dia percaya kemalangan tersebut adalah disebabkan doanya. Dalam satu kisah lain, dia juga memberitahu pernah menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia 25 tahun ketika dirinya berumur 12 tahun. Pengalamannya itu dikongsikan dalam sebuah dokumentarai bertajuk Pamela, A Love Story yang bakal disiarkan di platform Netflix bermula 31 Januari ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube