suria

Bintang ‘Avengers’ Jeremy Renner patah 30 tulang akibat digilis mesin bajak salji 

Jeremy mengalami kecederaan patah 30 tulang.

PELAKON filem Avengers iaitu Jeremy Renner dilaporkan patah 30 tulang ekoran digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu.

Disebabkan insiden itu, Jeremy, 52, telah dimasukkan ke wad selama dua minggu gara-gara kenderaan seberat enam tan itu melanggarnya ketika dia sedang membersihkan salji di hadapan kediamannya.

Meskipun mengalami kecederaan parah namun Jeremy tetap bersemangat malah sempat memuat naik gambarnya yang terlantar di katil hospital bagi memaklumkan kepada peminat dia berada dalam keadaan baik.

jeremy1 - 1

Jeremy ditimpa kemalangan pada awal Januari lalu.

"30 tulang yang patah ini akan kembali pulih, sama seperti kasih sayang dan ikatan keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas perhatian yang diberikan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Avengers' Jeremy Renner kritikal akibat kemalangan ketika bersih salji tebal

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas putus tunang, Lady Gaga rapat dengan Jeremy Renner

Terdahulu, Jeremy dilaporkan mengalami kecederaan semasa cuba untuk memanjat kenderaan bajak salji itu untuk mematikan enjinnya.

Aktor itu mengalami kecederaan trauma pada bahagian dada selain mengalami patah tulang dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Untuk rekod, Jeremy pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Mission: Impossible – Ghost Protocol, S.W.A.T, Hawkeye, Dahmer, Wind River dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain