KEMUNCULAN penyanyi rap Doja Cat yang mengenakan busana berwarna merah ketika menghadiri ke Minggu Fesyen Paris 2023 baru-baru ini mencuri perhatian penggemar fesyen. Mana tidaknya, pakaian yang digayakan Doja atau Amala Ratna Zandile Dlamini itu dipenuhi dnegan 30,000 kristal Swarovski daripada hujung kepala hingga ke bahagian kaki. Bukan itu sahaja, wajah penyanyi itu turut dihiasi dengan kristal berkenaan termasuk pada bahagian bibir Doja. Portal The News melaporkan, Doja mengambil masa selama lima jam untuk mengenakan busana tersebut. Tubuh Doja cat dipenuhi 30,000 kristal Swarovski. Lebih unik lagi, Doja mengenakan kulit palsu berwarna merah bagi memastikan batu kristal tersebut melekat di atas badannya. Bagi menambah keanggunan, Dioja turut memperagakan selendang berwarna merah selain memakai anting-anting diperbuat daripada batu rubi serta but tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil separuh bogel di Paris Fashion Week, Bella Hadid buat kejutan dengan gaun semburan cecair khas ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa gangguan seksual dedah gambar bogel Percy Hynes White, saiz zakar jadi bahan ketawa netizen Penampilan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang ada di antara mereka berasa kagum dengan usaha penyanyi tersebut tampil berbeza pada acara tersebut. "Meremang tengok, trypophobia apabila tenung lama-lama pakaian Doja. "Beauty is pain, macam mana dia nak ke tandas?," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube