suria

Yesung Super Junior tarik perhatian peminat, buat kapsyen TikTok promosi album dalam bahasa Melayu 

Kapsyen dalam bahasa Melayu tarik perhatian peminat.

TINDAKAN anggota kumpulan Super Junior iaitu Yesung memuat naik kapsyen menggunakan bahasa Melayu bagi mempromosikan video muzik berjudul Small Things daripada album solo pertamanya mengundang perhatian netizen.

Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat termasuk kelab peminatnya dikenali ELF sama ada kapsyen berkenaan ditulis oleh orang Melayu atau ia merupakan terjemahan automatik di aplikasi TikTok buat peminat di Malaysia.

Yesung menerusi hantaran tersebut memberitahu album terbaharunya yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun akhirnya menemui peminat dan ia adalah hari istimewa buat dirinya.

Peminat tempatan seakan-akan tidak percaya Yesung menulis kapsyen dalam bahasa Melayu.

“Album yang saya siapkan selama 2 tahun akhirnya keluar.

“Hari ini akan menjadi hari yang spesial,” katanya di ruangan kapsyen video.

ARTIKEL BERKAITAN: Shindong Super Junior dah ada buah hati tapi tak mahu kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat gembira dapat khabar daripada Jin BTS, kiriman 3 foto dalam kem tentera ubat rindu

Walaupun sebelum ini dia pernah menulis kapsyen dalam bahasa Melayu, namun biasanya idol K-pop itu akan menulis kapsyen sama ada dalam bahasa Korea atau pun Inggeris.

Setakat hari ini, video yang dimuat naik di TikTok melalui akaun Yesung meraih 190,000 tontonan dan 38,000 tanda suka.

Album solo pertama penyanyi itu berjudul Sensory Flows yang dilancarkan pada 25 Januari lalu mengandungi 10 buah lagu termasuklah sebuah lagu duet bersama Mark Lee dari kumpulan NCT yang bertajuk HO.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain