suria

Paris Hilton sambut kelahiran bayi lelaki guna kaedah ibu tumpang 

SELEBRITI terkenal Hollywood Paris Hilton berkongsi khabar gembira apabila dia kini sudah bergelar seorang ibu.

Berita itu bagaimanapun mengejutkan peminat kerana Paris sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk menjalani rawatan pensenyawaan in vitro (IVF) beberapa bulan lalu.

Paris berkongsi kelahiran bayi lelaki tersebut menerusi akaun Instagram miliknya pada Khamis dengan memuat naik dia sedang memegang tanya bayinya itu.

"Awak sudah disayangi tanpa kata-kata," tulisnya pada bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Paris Hilton gembira impian menjadi ibu tercapai.

Paris Hilton dan suami gembira timang cahaya mata pertama.

Memetik laporan People, Paris dan suami, Carter Reum menimang bayi lelaki berkenaan menerusi kaedah ibu tumpang.

Kata Paris, dia memilih kaedah itu kerana sudah tidak sabar untuk bergelar ibu bapa dan memulakan keluarga selepas mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru umum bertunang, Paris Hilton dah luah hasrat tak sabar bergelar ibu - “Kami sentiasa bincang sejak mula bercinta”

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton dedah kisah dibuli zaman persekolahan - “Orang anggap hidup saya mudah... hakikatnya seperti banduan”

"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menjadi seorang ibu dan saya sangat gembira kerana Carter dan saya bertemu antara satu sama lain.

"Kami sangat teruja untuk memulakan keluarga kami bersama-sama dan hati kami teruja dengan kasih sayang untuk bayi lelaki kami," katanya lagi.

Sehubungan itu, rata-rata pengikut dan juga rakan artis mengucapkan tahniah selain turut gembira dengan khabar gembira itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain