suria

Lee Seung Gi sudah lamar Lee Da In, bakal kahwin 7 April

Seung Gi kongsi khabar gembira bakal bergelar suami.

SELEPAS hampir tiga tahun bercinta, pelakon Lee Seung Gi akhirnya berkongsi khabar gembira akan berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Lee Da In.

Seung Gi memberitahu dia sudah membuat lamaran dan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 7 April depan.

"Saya membuat keputusan untuk hidup bersama Lee Da In, wanita yang saya cintai. Bukan hanya sebagai kekasih tetapi juga sebagai pasangan suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemurah betul Lee Seung Gi... kali ini beri sumbangan RM1.9 juta untuk mangsa bencana

"Saya telah melamarnya dan dia memberi persetujuan untuk menjadi isteri saya. Kami akan berkahwin pada pada 7 April," katanya.

Seung Gi menulis perkara tersebut dalam bentuk sepucuk surat yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Tambah Seung Gi, menerusi perkahwinan yang bakal dibina nanti dia juga berharap akan terus hidup bahagia dan berkongsi sudah serta senang bersama pasangannya itu.

lee seung gi 2

Seung Gi kini bahagia bersama Da In.

"Dia merupakan seorang wanita penyayang. Saya mahu sentiasa bersama di sisinya.

"Saya mahu kongsi hidup bersamanya walau dalam waktu sukar. Biarlah segala kesukaran itu dilalui bersama," ujarnya.

Pasangan ini mengumumkan secara rasmi kisah cinta mereka sekitar Mei 2021.

Terdahulu, hubungan pasangan ini pernah dikatakan sudah berakhir namun Seung Gi menyangkal hal tersebut malah memberitahu lebih selesa tidak berkongsi kisah peribadi kepada khalayak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain