PENYANYI Beyonce memecah rekod apabila menjadi pemuzik paling banyak menerima pengiktirafan sepanjang sejarah penganjuran Anugerah Grammy. Menerusi edisi ke-65 yang berlangsung pada Isnin, Beyonce mengungguli empat kategori sekali gus menjadikan keseluruhan kemenangannya pada acara berprestij itu sebanyak 32 trofi. Pada acara itu, Beyonce memenangi kategori Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album terbaharunya Renaissance. Selain itu, penyanyi berkenaan turut membawa pulang trofi kategori Rakaman Muzik Tarian/Elektronik (Break My Soul), Persembahan R&B Tradisional (Plastic of the Sofa) dan Lagu R&B Terbaik (Cuff It). Beyonce menzahirkan penghargaan buat keluarganya. Sebelum ini, rekod kemenangan terbanyak dipegang oleh George Solti dengan 31 anugerah. Beyonce, 42, dilihat menahan sebak sewaktu memberikan ucapan kemenangan di atas pentas berprestij itu. ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham dedah Spice Girls jadi inspirasi Beyonce ceburi bidang muzik ARTIKEL BERKAITAN: Olivia Rodrigo bawa pulang trofi Artis Baharu Terbaik, Jon Batiste menang besar Grammy Award 2022 "Saya cuba untuk tidak terlalu emosi. Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya. Terima kasih Tuhan. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa saudara saya, Johnny yang tiada di sini, tetapi dia sentiasa ada dalam semangat saya. "Terima kasih juga buat ibu bapa, suami dan anak-anak kerana menyayangi serta sentiasa memberikan sokongan," katanya. Beyonce juga merupakan penyanyi yang menerima pencalonan paling banyak di Anugerah Grammy ke-65 dengan sembilan pencalonan. Harry Styles terima anugerah Album Vokal Pop Terbaik. Sementara itu, Harry Styles membuat kejutan apabila menerima pengiktirafan menerusi kategori Album terbaik menerusi Harry's House selain membawa pulang trofi Album Vokal Pop Terbaik. Bekas ahli kumpulan One Direction itu berjaya menewaskan nama-nama besar termasuk ABBA (Voyage), Adele (30), Beyonce (Renaissance) dan Coldplay (Music of the Spheres). Bagi kategori Lagu Terbaik pula ia dimenangi penyanyi veteran Bonnie Rait menerusi single Just Like That. Manakala, kategori Artis Baharu Terbaik dimenangi oleh Samara Joy yang popular menerusi lagu Guess Who I Saw Today. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube