suria

Kris Wu didakwa hidap sifilis, rogol gadis ketika datang bulan

Kris masih lagi dalam tahanan polis.

KETIKA penyanyi dan pelakon Kris Wu masih lagi dalam tahanan susulan kesalahan merogol gadis bawah umur, namanya kembali menjadi sebutan apabila didakwa dijangkiti penyakit sifilis dan menyebarkan kepada mangsanya.

Dakwaan tersebut sedang hangat diperkatakan menerusi sebuah platform media sosial di China.

Apa lebih menjijikkan, Kris turut dikatakan merogol salah seorang mangsanya yang sedang dalam tempoh haid selain aksi mereka dirakam.

kris1 - 1

Kris didakwa dijangkiti penyakit sifilis.

Malah ada yang menyebut keluarga bekas anggota kumpulan Exo itu tahu akan perbuatan tersebut.

Terdahulu Kris dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Beijing pada Ogos 2021 atas kesalahan jenayah rogol yang dilakukannya pada Julai 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalah rogol tiga wanita di China, Kris Wu EXO kena penjara 13 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rogol gadis usia 17 tahun, tular rakaman suara bukti Kris Wu tak bersalah

Dia ditahan pada Julai 2022 selepas seorang pelajar perempuan berusia18 tahun membuat pendedahan menjadi mangsa Kris di mana dia bersama beberapa orang gadis lain diajak melakukan hubungan seks.

Kris dikatakan memperdaya semua gadis itu datang ke rumah dengan tujuan untuk melakukan sesi uji bakat.

Dia kemudian memberikan minuman keras sebelum melakukan jenayah rogol.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain