suria

Armie Hammer jawab tuduhan fetish kanibal, dedah pernah jadi mangsa seksual paderi 

Armie mendedahkan pernah terfikir untuk bunuh diri.

PELAKON Armie Hammer mendedahkan pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri selepas berasa tertekan dengan tuduhan merogol dua tahun lalu.

Kata Armie, pada Februari 2021, dia berenang ke tengah laut di Pulau Cayman dengan harapan agar dia mati lemas atau dimakan oleh jerung atau dilanggar bot besar.

Ia susulan pada Januari 2021, pelakon filem Call Me By Your Name itu dituduh oleh beberapa wanita yang mendakwa Armie melakukan serangan seksual terhadap mereka.

Mangsa mendakwa Armie sering menghantar mesej berbaur fantasi pelik dan fetishisme terhadap kanibalistik.

Peguam Armie iaitu Andrew Brettler bagaimanapun menyangkal semua dakwaan tersebut dan menjelaskan semua hubungan yang dijalinkan bersama wanita adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

armie1 - 1

Armie tertekan atas tuduhan merogol.

Ini termasuk isu fantasi yang didakwa adalah mendapat persetujuan bersama pasangannya.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan melakukan sebarang salah laku jenayah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Susulan dakwaan tersebut, aktor berkenaan turut digugurkan daripada syarikat pengurusannya termasuk beberapa projek mega termasuk filem seperti Wedding, Gaslit, The Offer serta Next Goal Wins.

Dalam pada itu, Armie memberitahu dia bertanggungjawab atas semua kesilapan dilakukan malah sudah menjalani rawatan pemulihan bagi masalah ketagihan terhadap hubungan seks pelik yang dialaminya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi pengalaman hitam zaman kanak-kanak... Pamela Anderson pernah jadi mangsa cabul dan rogol

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Carter didakwa rogol remaja 17 tahun, siap ugut jangan buat laporan polis

Dedah Armie, punca dia menggemari seksual pelik dan fantasi disebabkan pengalaman pahit terpaksa dilaluinya apabila dia menjadi mangsa seksual ditangan seorang paderi yang mencabulnya ketika dia berusia 13 tahun.

Perinci Armie, pengalaman tersebut juga telah mendedahkannya kepada aktiviti seksual yang tidak sihat yang turut memberi kesan kepada fantasinya.

"Apa yang berlaku kepada saya ketika itu diluar kawalan saya. Saya tidak berdaya. Hubungan seksual yang didedahkan kepada saya ketika itu sangat menakutkan.

"Pada masa sama ia membentuk diri saya di mana saya mahu mengawal situasi secara seksual," katanya.

Armie berkata, dia kini adalah seorang individu lebih sihat, bahagia dan seimbang dalam pelbagai aspek kehidupannya.

Pelakon itu sebelum ini terkenal menerusi beberapa buah filem termasuk The Lone Ranger, The Social Network, Mirror Mirror dan Death on the Nile.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain