suria

Karina Aespa kongsi detika seram naik lif, dibawa ke tingkat tak wujud!

Karina berkongsi pengalaman seram sewaktu di lif.

ANGGOTA kumpulan kpop Aespa iaitu Karina berdepan detik seram sewaktu dia dan Minjeong berada dalam sebuah lif ketika baru pulang daripada mengadakan sesi latihan.

Karina memberitahu selepas selesai rakaman program GOT The Beat, dia dan vokalis kumpuan Aespa itu pulang ke kediaman mereka di sebuah bangunan lapan tingkat.

Bagaimanapun, ketika berada dalam lif tersebut, mereka terdengar suara yang menyebut tingkat 14 meskipun bangunan tersebut hanya mempunyai lapan tingkat sahaja.

karina1 - 1

Karina berkongsi kisah seram dengan peminat.

Apa menakutkan, apabila lif tersebut berhenti di tingkat asrama lapan, pembesar suara di dalam lif menyebut mereka berada di tingkat 14.

"Apabila suara pembesar lif menyebut tingkat 14, bukankah itu perkara menyeramkan?

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'bengang' konsep muzik video Blackpink hampir sama dengan Aespa

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan dedah diskriminasi bayaran pelakon gred A di Korea Selatan, Song Hye Kyo dapat RM600,000 satu episod 'The Glory'

"Pengalaman itu membuatkan kami trauma dan menangis ketakutan kerana ia benar-benar menakutkan," katanya.

Karina menceritakan pengalaman itu dalam sebuah siaran langsung bersama peminatnya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Karina berkata, meskipun ia pengalaman menakutkan namun dia terpaksa memberanikan diri kerana kebanyakan masanya mereka memang pulang pada waktu lewat malam.

Bagi menyedapkan hati, Karina berkata, dia berfikiran suara pembesar lif tersebut mungkin mengalami gangguan teknikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain