PENYANYI Krisdayanti mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila bintang tersohor Indonesia itu memberikan minuman kopi kepada cucunya, Ameena Hanna Nur Atta yang baharu berusia 11 bulan. Penyanyi lagu Menghitung Hari itu dilihat menyuapkan minuman berkenaan menggunakan sudu kepada Ameena sewaktu dia sedang mendukung cucunya tersebut. Krisdayanti turut meluahkan rasa teruja kerana Ameena sudah semakin membesar dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 22 Februari ini. "Selamat pagi, selamat masuk bulannya Ameena ya. Sebentar lagi sudah besar dan boleh kejar Gemmi (panggilan kepada Kris). Ya Allah ketagih kopi macam Gemmi. Krisdayanti menimbulkan rasa kurang senang netizen. "Semoga nanti Ameena membesar dapat menyenangkan hati semua yang menyayangi dan mendoakan Ameena," katanya. Kris berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti dan Ashanty terlalu melindungi cucu pertama, Aurel Hermansyah rasa terpinggir sebagai ibu ARTIKEL BERKAITAN: Sering diejek kerana anak selebriti terkenal, Aurel Hermansyah cadang sekolahkan Ameena di luar negara Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir peminat yang tidak senang melihat tindakan penyanyi itu menyuapkan kopi kepada cucunya kerana beranggapan tidak baik untuk kesihatan bayi. "Anak umur setahun belum boleh diberi minum kopi. Lagi pula ditiup-tiup begitu pun tak boleh. Tumbesaran bayi tidak sama seperti orang dewasa. Tubuh mereka memmerlukan waktu lebih lama untuk menyerap kafein. "Ameena belum umur setahun jangan diberi minum kopi. Tanya doktor bayi tidak boleh minum untuk kesihatan, apa lagi kopi panas yang ditiup langsung daripada mulut. Tak bagus," tulis netizen. Antara komen yang ditinggalkan netizen. Bagaimanapun, ada juga peminat yang menyebelahi penyanyi itu dan memberitahu tidak mengapa sekiranya Ameena hanya minum kopi dalam kuantiti sedikit. "Tidak akan jadi apa-apa kalau hanya diberi minum sedikit. Trik ini supaya bayi mengenal rasa, jadi kalau sudah besar tak banyak pantang soal makanan. "Hairan dengan netizen ni. Ameena bukan pertama kali diberi minum kopi oleh neneknya. Semuanya baik-baik sahajalah asalkan jangan minum satu cawan," tulis mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube