suria

Tak mengaku bercinta, Jay B GOT7 tiba-tiba sudah berpisah dengan PURE.D

Jay B GOT7 putus cinta.

KETUA kumpulan GOT7, Jay B dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya yang juga merupakan jurusolek dan penyanyi PURE.D.

Menurut laporan Allkpop, Jay B, 30, memutuskan mereka lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai seorang sahabat berbanding kekasih.

Jay B dan PURE.D mendedahkan hubungan mereka pada Julai tahun lalu selepas mula menjalin hubungan cinta selama kira-kira sembilan bulan.

jayb - 1

Jay B berpisah selepas sembilan bulan bercinta.

Difahamkan, kedua-dua mereka berpisah disebabkan jadual kerja yang padat.

Berita perpisahan pasangan ini bagaimanapun memberi kejutan kepada peminat yang rata-ratanya tidak mengetahui bahawa mereka sedang bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun simpan rahsia, akhirnya Afgan umum kolaborasi dengan ahli GOT7, Jackson Wang

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan GOT7 berpecah, bawa haluan masing-masing

“Saya rasa artikel terakhir tentang mereka adalah pada tahun lalu. Saya tidak tahu pula mereka bercinta pada masa itu.

“Mereka menafikan bahawa mereka sedang bercinta. Sekarang mereka berpisah pula? Bagus.

"Sekejap, sejak bila pula mereka menjalinkan hubungan? Ya Tuhan," tulis netizen.

Sementara itu, PURE.D kini sedang aktif di media sosial termasuk di saluran YouTube dan Instagram sebagai pencipta kandungan kecantikan yang berkongsi tutorial solekan kesan khas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain