suria

Pelakon Hellbound Yoo Ah In kena tahan polis akibat penyalahgunaan dadah

Yoo Ah In telah disiasat oleh polis kerana penyalahgunaan dadah.

AKTOR drama Hellbound iaitu Yoo Ah In menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat apabila dia ditahan pihak berkuasa atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Berita tersebut turut disahkan oleh syarikat pengurusan aktor tersebut yang memberitahu Yoo sedang disiasat berhubung dakwaan mengambil dadah jenis propofol.

"Yoo Ah In disiasat polis dan kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

yooahin - 1

Agensi Polis Metropolitan Seoul menahan dan menyiasat Yoo Ah In pada 6 Februari lalu.

"Kami juga akan memberikan respons segera tentang perkembangan kes ini. Kami mohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat," kata wakil syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, berita tersebut membuatkan peminat berasa terkejut dan bimbang akan kesihatan pelakon berkenaan.

Ini kerana dadah jenis propofol itu adalah salah satu ubat penyebab penyanyi Michael Jackson meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Yoo Ah In didakwa punca tragedi Halloween Itaewon

ARTIKEL BERKAITAN: Yoo Ah In tunda latihan ketenteraan selepas disahkan kanser tulang

"Jika ini benar, adakah dia tahu bahaya yang menanti dalam hidupnya?

"Itu adalah salah satu ubat yang membuatkan Michael Jackson meninggal dunia. Saya harap dia berhenti menggunakan bahan terlarang itu," komen netizen.

Terdahulu, News 9 TV Chosun melaporkan seorang pelakon lelaki popular ditahan polis akibat kesalahan penyalahgunaan dadah.

Polis menahan dan menyiasat Yoo pada 6 Februari lalu kerana melanggar Akta Kawalan Narkotik Korea Selatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain