KISAH percintaan pelakon Leonardo DiCaprio sekali lagi menjadi buah mulut ramai selepas dikatakan menjalin hubungan dengan kekasih baharu yang jauh lebih muda. Kali ini Leonardo DiCaprio, 48, dikatakan mula rapat dengan model berusia 19 tahun iaitu Eden Polani. Memetik laporan Daily Mail, Leonardo Dicaprio dan juga model kelahiran Paris itu dilihat bersama semasa pelancaran album penyanyi Ebon Riley baru-baru ini. Leonardo DiCaprio dan Polani kantoi bersama di sebuah acara. Menerusi beberapa foto yang tersebar, Leonardo dan Polani terlihat mesra di acara tersebut. Khabar kemesraan pasangan itu nampaknya menjadi perbincangan di laman Twitter yang rata-rata berpendapat bahawa Polani terlalu muda untuk pelakon berkenaan. Malah mereka juga memanggil Leonardo DiCaprio sebagai pedofil kerana bercinta dengan remaja yang jauh usianya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak habis-habis gosip cinta Leonardo DiCaprio... kali ini ‘dating’ dengan pelakon muda Victoria Lamas ARTIKEL BERKAITAN: Tular foto Leonardo DiCaprio dikelilingi model cantik... Peminat tertanya status hubungan dengan Gigi Hadid "Teman wanita baru Leonardo DiCaprio baru dilahirkan ketika Titanic dikeluarkan. "Dia terlalu muda, pendidikan dia juga terganggu disebabkan Covid-19. Sekarang bercinta pula dengan orang lebih tua," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube