PENYANYI Ressa Herlambang mendedahkan semua kemewahan yang dipaparkan menerusi media sosial miliknya selama ini adalah palsu. Ressa yang pernah popular menerusi lagu Menyesal berkata, selama 10 tahun dia hidup dalam kepura-puraan meskipun hakikatnya keluarganya sudah jatuh bankrap sejak 2010. Kata penyanyi berkenaan, dia terpaksa menipu dengan memaparkan kehidupan mewah di media sosial disebabkan permintaan Allahyarham ibunya yang tidak mahu orang ramai mengetahui mereka sudah jatuh miskin. "Ibu saya pesan jangan sampai darjat kami mati, jadi selama ini saya terpaksa hidup dalam penipuan demi menjaga status keluarga di mata masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: Suap cucu air kopi, netizen sekolahkan Krisdayanti bahaya kafien pada bayi "Hakikatnya sebelum ini terpaksa sewa kereta jika mahu ke mana-mana, berpakaian cantik dan tunjukkan semuanya seolah-olah tiada apa-apa di media sosial. "Ambil gambar guna kereta orang lain demi menampakkan diri kaya tetapi sebenarnya ia palsu. Ressa kini lebih terbuka kongsi kisah hidup. "Saya tidak perlu lagi berpura-pura menjadi orang kaya!," katanya seperti dipetik Suara. Dalam pada itu, Ressa berkata, dia terpaksa berniaga makanan di tepi jalan bersama adiknya bagi menampung perbelanjaan harian. Kata Ressa, dia akan menutup mukanya dan segera melarikan diri jika ada mana-mana pihak yang mengenali dirinya. Bagaimanapun Ressa berkata, dia tidak mahu lagi hidup dalam penipuan sejak ibunya meninggal dunia pada Ogos tahun lalu. Kata Ressa, kehidupan mereka sekeluarga berubah sekelip mata apabila perniagaan diusahakan mengalami kerugian sebanyak RM3 juta hanya dalam masa sehari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube