suria

Wow! Ulang tahun pertama anak Atta Halilintar dan Aurel disiarkan di TV, peminat boleh tonton secara langsung

PASANGAN selebriti Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menyambut ulang tahun pertama anaknya iaitu Ameena dalam satu program televisyen.

Memetik laporan Detik.Hot, persiapan majlis ulang tahun anak pasangan berkenaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Difahamkan, majlis ulang tahun pertama anak pasangan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Indosiar.

330825252_932312901119983_2506159813999013599_n

Atta dan Aurel sambut ulang tahun anak di kaca televisyen.

"Makcik, pakcik ulang tahun aku di televisyen. Ameena menyanyi atau tidak ya?" kata Attar di Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan teruja menantikan majlis ulang tahun yang penuh meriah itu.

Sebelum ini, Attar ada berkongsi tentang konsep majlis ulang tahun anaknya itu yang mana diuruskan oleh isterinya Aurel.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak lagi berbual di media sosial... Lee Kwang Soo, Song Joong Ki didakwa sudah putus kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan Yoo Ah In ambil ganja, klinik sekitar Gangnam diserbu polis

"Mak dia yang uruskan semua itu, dia kata yang pertama kena meriah supaya diingati selalu. Nanti yang kedua, ketiga dan seterusnya sambut macam biasa sahaja. Tak perlu buat apa-apa," kata Attar ketika ditemu bual TransTV.

Dalam pada itu, Atta Halilintar mengakui telah menjemput ramai rakan dan keluarga ke majlis tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain