PELAKON Yoo Ah Inn disahkan terlibat dengan penggunakan dadah jenis ganja. Pihak polis memaklumkan perkara tersebut pada Sabtu lalu selepas lima hari Yoo Ah In ditahan sejak pulang dari Amerika Syarikat pada 6 Februari lalu. Pada awalnya pelakon tersebut ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah jenis propofol, namun hasil ujian air kencing mendapati dia juga mengambil ganja. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Hellbound Yoo Ah In kena tahan polis akibat penyalahgunaan dadah Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan, mereka memberitahu sudah bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan. Sementara itu, pihak polis sebelum ini mencari dan membuat serbuan terhadap beberapa pusat kesihatan sekitar daerah Gangnam dan Yongsan. Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa premis berkenaan dipercayai membekalkan dadah jenis propofol secara haram kepada Yoo Ah In sejak tahun 2021. Berita penahanan Yoo Ah In sebelum ini membuatkan ramai peminat terkejut kerana dia cukup terkenal dengan imej lelaki baik dan tidak disangka menggunakan bahan terlarang. Selain itu, peminat juga bimbang kerana dadah jenis propofol sangat merbahaya dan pernah mengakibatkan kematian selebriti terkenal Michael Jackson. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!