BELUM cukup setahun menyambut kelahiran anak pertama, penyanyi Rihanna dilaporkan kini hamil lagi. Perkara tersebut disahkan oleh wakil penyanyi itu kepada Hollywood Reporter selepas penampilan Rihanna di acara Super Bowl pada Isnin mencuri tumpuan ramai. Menyampaikan lagu-lagu hit seperti We Found Love, Where Have You Been dan Diamonds, Rihanna juga dilihat seakan-akan sengaja memaklumkan tentang berita kehamilan tersebut dengan menonjolkan bahagian perutnya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 bulan bersalin, akhirnya Rihanna tunjuk wajah anak Pada Mei tahun lalu, Rihanna dan pasangannya iaitu penyanyi A$AP Rocky mengumumkan mereka menyambut kelahiran bayi lelaki pertama. Bercakap tentang persembahannya di acara besar itu, Rihanna berkata pada awalnya dia meragui peluang tampil di atas pentas kerana dia menerima tawaran tersebut selepas tiga bulan bersalin sebelum ini. Rihanna bakal sambut anak kedua bersama A$AP. Sebagai seorang penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Rihanna juga mengakui agak sukar untuk membuat pilihan lagu bagi tempoh 13 minit persembahan berkenaan. "Super Bowl adalah satu pentas besar. Bagi saya sesuatu yang penting apabila anak saya melihat persembahan ini nanti. "Memilih senarai lagi adalah cabaran terbesar. Sukar untuk buat keputusan memaksimumkan tempoh 13 minit yang diberi," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube