suria

“Kalau cucuk jarum bocor tak?” - Peminat sesak nafas tengok fesyen Sam Smith, tampil fesyen belon di Brit 2023

Netizen geram nak cucuk busana Sam Smith dengan jarum.

SEJAK kebelakangan ini, penyanyi Sam Smith sering tampil dengan fesyen pelik ketika menghadiri acara anugerah sehingga kehadirannya mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, kemunculannya di Anugerah Brit 2023 sekali lagi mencuri perhatian apabila Sam muncul dengan sut berwarna hitam yang seakan-akan belon.

Busana rekaan Harri itu memperlihatkan bentuk gelembung di bahagian kaki dan bahu penyanyi lagu Unholy berkenaan.

photo1676056892

Penampilan Sam Smith jadi bualan ramai.

Apa membuatkan gayanya itu menjadi bualan, Sam dilihat sukar bergerak dan tidak boleh merapatkan kaki dan tangannya sehingga kelihatan tidak ubah seperti sebuah boneka yang dikawal.

Penampilan pelik itu mendapat pelbagai reaksi peminat malah ada berpendapat Sam sengaja mahu meraih perhatian apatah lagi dia baharu sahaja melancarkan album terbaharu berjudul Gloria.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak rupa manusia! Netizen meremang lihat Doja Cat dilitupi 30,000 kristal Swarovski

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil separuh bogel di Paris Fashion Week, Bella Hadid buat kejutan dengan gaun semburan cecair khas

"Sam nampak terdesak nak dapatkan perhatian.

"Rekaan paling mengarut. Kalau cucuk dengan jarum bocor tak?

"Saya kesian pada seseorang yang perlu bantu dia untuk buang air," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain