suria

Ashanty masuk hospital akibat sesak nafas, Anang tak sanggup tengok isteri pakai alat bantuan pernafasan

Ashanty anggap masuk hospital kerana terlalu penat.

PENYANYI Ashanty dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami sesak nafas pada Jumaat lalu.

Menurut suaminya, Anang Hermansyah memberitahu isterinya itu terpaksa menerima rawatan selama beberapa hari di hospital.

"Semalam isteri saya mengalami sesak nafas dan perlu di hantar ke hsopital. Mungkin dia akan dirawat selepas tiga hingga empat hari," katanya.

63e6170543ae3-ashanty_663_372

Ashanty masuk hospital kerana susah bernafas.

Tidak sanggup melihat Ashanty terbaring di katil hospital dan perlu menggunakan alat pernafasan, Anang berharap agar isterinya itu segera sembuh dan kembali aktif seperti sedia kala.

"Doakan isteri saya kembali sihat dan aktif seperti selalu," katanya lagi.

Sementara itu, Ashanty pula menyangkal dakwaan bahawa dia diserang sesak nafas gara-gara penggunaan alat perancang iaitu Peranti Intrauterine (IUD).

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty berputih mata... 14 buah beg tangan berjenama lesap dicuri orang terdekat

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti dan Ashanty terlalu melindungi cucu pertama, Aurel Hermansyah rasa terpinggir sebagai ibu

"Ini bukan kesan kerana IUD, tapi mungkin tekanan kerana saya melakukan semua sendiri dan saya juga baru menukar IUD baru-baru ini.

"Saya rasa sakit-sakit badan, batuk dan sakit kepala, mungkin saya kena rehat kerana terlalu penat," katanya.

Menerusi saluran YouTube milik Anang dapat dilihat isterinya itu dilihat semakin sihat selepas menerima rawatan di hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain