suria

Park Seo Joon dan Doyoung NCT beri sumbangan RM340,000 buat mangsa gempa bumi di Turkiye

Park Seo Joon dan Doyoung NCT beri sumbangan kepada mangsa gempa bumi.

SUSULAN berlakunya gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu, ramai selebriti Korea telah mendermakan wang sumbangan kepada mangsa yang terjejas.

Memetik laporan Soompi, pada 8 Februari lalu, pengacara Jang Sung Kyu mengumumkan dia menderma sebanyak 23 juta Korean Won (RM78,590) sebagai dana bantuan.

Dalam pada itu, penyanyi Im Siwan dan ahli kumpulan Winner pula masing-masing mendermakan sebanyak 10 juta won (RM34,170) kepada Persatuan Bantuan Bencana Hope Bridge Korea yang menghantar bekalan bantuan kecemasan dan ubat-ubatan ke kawasan yang terjejas.

korea2 - 1

Shin Min Ah antara pelakon yang memberikan bantuan.

Selain itu, difahamkan pelakon Yoo In Na menderma 30 juta won (RM 102,508) dan Shin Min Ah menderma 50 juta won (RM170,847).

Aktor Itaewon Class, Park Seo Joon tidak terkecuali menyumbangkan sebanyak 100 juta won (RM 341,692) untuk membantu mangsa gempa di Turki dan Syria.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal dikesan selepas gempa bumi, penjaga gol Turkiye disahkan maut di bawah runtuhan bangunan

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi Turkiye, Syria: Satu keluarga ditemukan hidup di bawah runtuhan

Pelakon itu difahamkan sebelum ini pernah memberi bantuan sewaktu gemba bumi yang berlaku di Nepa pada 2015 dengan menyertai kempen bantuan kecemasan.

Sementara itu, menurut Community Chest of Korea, ahli kumpulan NCT iaitu Doyoung turut mendermakan wang sumbangan 100 juta won untuk menyediakan tempat perlindungan sementara bagi mangsa gempa.

Sumbangan yang dibuat akan disalurkan untuk kit makanan, khemah, selimut dan banyak lagi.

korea1 - 1

Park Seo Joon menderma 100 juta won kepada mangsa gempa bumi.

Terdahulu, Pusat Kajian Geologi AS (USGS) memaklumkan gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi gegaran kuat berukuran 6.7 skala magnitud.

Gempa awal berpusat 26 kilometer (km) timur bandar Nurdagi di wilayah Gaziantep pada kedalaman 17.9 km, manakala gegaran kedua melanda beberapa minit kemudian berpusat di tengah Turkiye, pada kedalaman 9.9 km.

Sehingga artikel ini ditulis, seramai lebih 22,000 mangsa telah terkorban dalam kejadian gempa bumi dahsyat dalam abad ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain