suria

Tiada lagi aksi ranjang Penn Badgley dalam ‘You’, tak mahu perasaan isteri tersinggung

Penn lebih mementingkan perasaan isterinya, Domino Kirke.

PELAKON Penn Badgley mendedahkan menolak melakukan babak hubungan intim menerusi musim keempat drama You yang bakal memulakan tayangan di platform penstriman Netflix pada Mac ini.

Penn, 36, berkata, permintaan itu dibuat sebelum mereka memulakan penggambaran dan menolak melakukan aksi itu kerana mahu menjaga sensitiviti hubungan bersama isteri, Domino Kirke.

"Saya buat keputusan itu sebelum menerima tawaran berlakon drama tersebut. Adakah saya hanya mahu dikenali sebagai pelakon adegan ranjang?

Penn menghargai produksi kerana menghormati permintaannya.

Penn tolak babak intim dalam drama bersiri You.

"Kesetiaan dalam hubungan terutamanya perkahwinan sangat penting buat saya. Disebabkan itu saya tidak mahu melakukannya (babak intim) lagi," katanya.

Tambah Penn, dia sedar permintaan itu agar sukar kerana sejak musim pertama drama tersebut, watak Joe Golberg cukup sinonim sebagai seorang lelaki yang obses terhadap wanita dan banyak melakukan hubungan seks.

ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo Dicaprio dipanggil pedofil, didakwa bercinta dengan model 19 tahun

"Hasrat saya supaya tiada langsung babak intim namun saya tahu tidak boleh buang terus konsep dan jalan cerita drama tersebut.

"Saya sudah tanda tangan kontrak dan saya tahu perlu melakukan babak tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun kata Penn, dia lega apabila permintaannya itu dipersetujui pihak penerbit dan mereka tampil dengan jalan cerita yang berjaya mengurangkan babak ranjang di antara Penn dan pelakon wanita lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain