suria

Setahun sukar berkomunikasi, Bruce Willis rupanya derita demensia

Penyakit Bruce tidak boleh dirawat.

BINTANG terkenal Bruce Willis disahkan menghidap penyakit demensia selepas hampir setahun berehat daripada dunia seni.

Sukar menerima kenyataan tersebut, isteri aktor berusia 68 tahun itu, Emma Heming bagaimanapun meluahkan rasa lega apabila penyakit Bruce berjaya dikesan awal dan rawatan segera dapat dilakukan.

"Sejak mengumumkan Bruce menghidap penyakit afasia tahun lalu, keadaannya bertambah baik dan sekarang kami dapat tahu lebih spesifik mengenai keadaannya iaitu frontoremporal demensia atau FTD.

"Kesukaran dalam komunikasi satu-satunya simptom dialami Bruce... walaupun ini menyakitkan namun kami lega kerana mendapat tahu penyakit sebenar dialaminya.

bruc 2

Isteri berkongsi perkembangan terkini Bruce.

"Buat masa sekarang tiada rawatan untuk demensia tetapi kami harap ia akan berubah pada masa akan datang," katanya menerusi Instagram miliknya.

Perkara sama turut dikongsi bekas isteri Bruce iaitu pelakon Demi Moore.

Dalam kenyataan tersebut mereka berharap penyakit dihadapi Bruce dapat memberi kesedaran awam tentang demensia dan berharap penawarnya dapat ditemui suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Legally Blonde’ Raquel Welch meninggal dunia

Keluarga pelakon filem Die Hard ini turut meluahkan penghargaan buat peminat yang memberi sokongan terhadap Bruce dalam tempoh sukar ketika ini.

Mac tahun lalu, Bruce mengumumkan bersara daripada dunia lakonan selepas disahkan menghidap afasia.

Untuk rekod, demensia adalah penyusutan daripada segi kemampuan minda termasuk hilang ingatan, kekeliruan, perubahan keperibadian, penurunan kemampuan berfikir selain tidak mampu melakukan aktiviti harian.

Manakala afasia adalah keadaan yang membuatkan kemampuan seseorang berkomunikasi terjejas selain menulis dan memahami bahasa sama ada secara lisan mahupun bertulis.

Afasia biasanya berlaku dengan tiba-tiba selepas seseorang mengalami strok atau kecederaan di kepala.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain