suria

Youtuber dikecam pilih tak mahu anak kerana mahu kekal awet muda, netizen tuduh suami mati pucuk!

Gita Savitria dan Paul Partohap pilih Childfree sejak tahun 2021 lagi.

PASANGAN YouTuber, Paul Partohap dan Gita Savitria teruk dikecam netizen gara-gara memilih untuk tidak memiliki anak agar tetap awet muda.

Gita berpendapat wanita perlu mendapat tidur yang cukup dan tidak tertekan dengan jeritan suara anak di rumah.

"Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi awet muda. Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak.

002618900_1675843114-gita02

Paul Partohap dan Gita Savitria terima kecaman dengan hati terbuka.

"Dan pada saat wajah berkedut kita ada banyak duit untuk buat botox," katanya ketika membalas komen peminatnya.

Susulan kenyataan tersebut, suaminya iaitu Paul dituduh mandul dan tidak mampu untuk memberikan isterinya zuriat.

Pun begitu, Paul tidak tidak berkecil hati dengan kata-kata netizen namun geram apabila disuruh berkahwin lain gara-gara isterinya tidak mahu mengandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Ulang tahun pertama anak Atta Halilintar dan Aurel disiarkan di TV, peminat boleh tonton secara langsung

ARTIKEL BERKAITAN: Suap cucu air kopi, netizen sekolahkan Krisdayanti bahaya kafien pada bayi

"Kalau ada yang kata saya mandul, mati pucuk atau ada masalah batin saya tidak peduli.

"Tapi saya jadi marah bila ada suruh saya kahwin lain hanya kerana poligami itu dibenarkan dalam Islam dan isteri saya tidak mahu anak," luahnya.

Difahamkan pasangan ini memilih untuk tidak memiliki anak atau childfree pada 2021 lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain