suria

Daus Mini selebriti popular, peguam anggap tak logik tuduhan curang

Daus sedia membawa bukti kecurangan isteri ke mahkamah.

KISAH rumah tangga pelawak Daus Mini dan isteri, Shelvie Hana Wijaya semakin hangat apabila kedua-dua mereka saling berbalas kenyataan bagi mempertahankan diri.

Menjawab tuduhan curang, peguam kepada Daus iaitu Muhammad Al Fatih Firdaus menegaskan anak guamnya tidak akan sesekali bersikap demikian kerana dia adaah seorang selebriti popular.

"Kalau difikirkan secara logik, tak mungkin Daus curang. Di mana-mana sahaja orang kenalnya.

"Dalam perbicaraan mahkamah nanti kita akan dedah siapa sebenarnya yang curang. Daus ada bukti kukuh tentangnya," katanya seperti dilaporkan Kapan Lagi.

daus mini 2

Shelvie dakwa Daus melarang dia berjumpa anak.

Shelvie sebelum itu memfailkan cerai terhadap Daus di Pejabat Agama Depok, Jawa Barat dan kes mereka akan dibicarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Daus menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Daus Mini sekat nombor telefon, larang jumpa anak

Malah kata Daus, dia turut membayar wang sewa bulanan rumah ibu bapa mentuanya.

"Dia kata saya tidak ada, atas sebab apa? Saya masih jalankan tanggungjawab. Saya ada bukti semua pindahan wang yang dibuat.

"Bayaran rumah sewa orang tuanya juga saya tanggung," katanya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Shelvie mendakwa Daus bersikap curang dan turut menghalang dia berjumpa dengan anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain