suria

Deepika Padukone naik penerbangan kelas ekonomi, peminat meluat tetap pamer sikap sombong

Deepika Padukone dituduh sombong dengan peminat.

PELAKON Bollywood Deepika Padukone menjadi buah mulut ramai apabila aktres berkenaan dikatakan menaiki kapal terbang kelas ekonomi.

Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter, isteri kepada aktor Ranveer Singh itu menaiki kapal terbang berkenaan bersama pembantu peribadinya.

Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat Deepika sedang berjalan di dalam pesawat berkenaan dipercayai menuju ke tandas.

283640464_1429514007878756_5859651751676535607_n

Deepika Padukone ketika ditemui peminat di dalam kelas ekonomi.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian netizen apabila pelakon filem Pathaan itu dikatakan sombong dengan peminatnya.

Ini kerana, salah seorang peminatnya memanggil Deepika namun aktres berkenaan hanya buat tidak tahu dan berlalu pergi.

"Kenapa dia tak naik kelas pertama? Dahlah sombong dengan peminat. Mungkin dia malu kot.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup, filem terbaharu cetus kemarahan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Membesar di Selatan India, Deepika Padukone pernah bimbang tak diterima di Bollywood

"Dia tak boleh buat apa-apa tanpa bantuan pembantu dia, nak pergi tandas pun kena teman.

"Filem Pathaan kan laku keras, kenapa dia masih tak mampu nak naik kelas pertama," antara komen netizen.

Untuk info Deepika Padukone merupakan artis yang bergandingan bersama Shah Rukh Khan di dalam filem penuh kontroversi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain