PELAKON Denny Sumargo berharap akan segera dikurniakan cahaya mata selepas lebih dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Olivia Allan. Bukan sahaja faktor usia yang menjadi kerisauan, malah Denny, 42, juga meluahkan rasa sedih apabila melihat isteri yang belum diberikan rezeki untuk hamil. "Masih menunggu waktu untuk dikurniakan anak. Saya pun bingung kerana dalam usia begini masih belum dapat anak lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Seks jadi dingin, hilang nafsu terhadap isteri... Denny Sumargo hampir cerai lepas 3 bulan kahwin 'Sejujurnya saya lebih sedih melihat isteri. Saya mahu lihat dia hamil dan miliki anak. Meskipun dia tidak pernah tunjukkan perasaan itu, namun firasat saya tahu apa yang diinginkan. Dengan rendah hati juga Denny berharap doa orang ramai agar hasratnya itu dipermudahkan bagi membuatkan isteri gembira. "Setiap wanita pastinya mahukan anak selepas berkahwin. Tolonglah doakan untuk kami. "Saya dahulu banyak buat salah. Semoga Tuhan dapat mengampuni saya dan memberi rezeki anak kepada kami. Jika ada sebarang sebab kami tidak boleh dikurniakan anak biarlah saya tanggung," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!