HUBUNGAN pelakon Song Hye Kyo dan Lee Min Ho mula dihidu netizen apabila pasangan berkenaan kerap dilihat bersama. Terbaharu, Song Hye Kyo dikhabarkan berangkat ke Milan dan juga London bagi menghadiri acara fesyen Fendi namun pemergiaannya mencurigakan kerana dikatakan mahu memberi sokongan kepada Min Ho. Ini kerana Min Ho terlebih dahulu berangkat ke Milan kerana dia merupakan duta jenama Fendi. Song Hye Kyo berangkat ke Milan jadi perhatian. Meskipun Hye Kyo pernah berkahwin dengan Song Joong Ki sebelum ini namun hubungan aktres berkenaan dengan Min Ho sangat disenangi peminat mereka. Rata-rata mereka mendoakan agar pasangan tersebut menjalinkan hubungan ke arah yang lebih serius lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan dedah diskriminasi bayaran pelakon gred A di Korea Selatan, Song Hye Kyo dapat RM600,000 satu episod ‘The Glory’ ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun tak datang Malaysia, Lee Min Ho tersentuh sambutan peminat tetap macam dulu "Song Hye Kyo nampak gembira sangat ni, tentu nak jumpa Lee Min Ho. "Dia orang nampak secocok, tak sabar nak tengok Lee Min Ho bertemu Song Hye Kyo," antara komen netizen. Sebelum ini, aksi mesra Song Hye Kyo dan juga Lee Min Ho beberapa kali tular di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!