suria

Bapa tak tahu Rihanna hamil lagi, harap dapat cucu perempuan

Bapa Rihanna tidak tahu anaknya hamil lagi.

BUKAN hanya peminat, bapa Rihanna juga terkejut dengan berita kehamilan kedua anaknya yang didedahkan ketika penyanyi itu mengadakan persembahan di Super Bowl 2023 minggu lalu.

Ronald Fenty, 69, terkasima apabila melihat penyanyi lagu Umbrella itu menayangkan bahagian perutnya yang sudah kelihatan membesar ketika asyik menyanyi.

"Ya Tuhan! Anak perempuan saya kelihatan hamil," katanya menurut laporan TMZ.

rihanna2 - 1

Rihanna bersama bapanya, Ronald.

Ronald mengakui tidak tahu sama sekali akan hal itu dan memberitahu dia hanya dibelikan tiket oleh Rihanna tanpa berkomunikasi secara langsung dengan penyanyi itu.

Dalam pada itu, saat melihat perut anaknya yang kian membesar, Ronald berharap akan menimang cucu perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum cukup setahun bersalin anak pertama, Rihanna mengandung lagi... Sengaja tayang baby bump bagi 'hint'

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 bulan bersalin, akhirnya Rihanna tunjuk wajah anak

Ronald yang tinggal di Barbados bagaimanapun mengakui masih belum sempat untuk bertemu cucunya yang merupakan anak pertama Rihanna bersama penyanyi rap A$AP Rocky.

Terdahulu, Rihanna mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan seakan-akan sengaja memaklumkan tentang berita kehamilan tersebut di acara Super Bowl 2023 dengan menonjolkan bahagian perutnya.

Dalam acara tersebut, penyanyi itu juga sempat menyampaikan lagu-lagu hit termasuk We Found Love, Where Have You Been dan Diamonds.

rihanna1 - 1

Rihanna ketika membuat persembahan di Super Bowl 2023.

Untuk rekod, Rihanna melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei 2022, namun dia masih tidak mendedahkan nama anaknya kepada umum.

Rihanna dan A$AP Rocky mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020 selepas beberapa tahun berkenalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain