suria

Adele dah bertunang, bilang hari bergelar isteri Rich Paul

Adele dan Rich Paul bertunang selepas dua tahun bercinta.

PENYANYI Adele dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Rich Paul selepas dua tahun bercinta.

Memetik laporan The News, Adele dan Rich Paul bakal berkahwin pada musim panas yang bakal tiba tahun ini.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh seorang yang sangar rapat dengan Adele.

1956363

Adele bersama Rich Paul ketika di sebuah pertunjukan.

"Ya! Adele dan Rich akan berkahwin pada musim panas tahun ini," katanya.

Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila penyanyi berusia 34 tahun itu dilihat mengenakan cincin berlian di jari manis semasa melakukan persembahan baru-baru ini.

Sebelum ini, penyanyi Adele memaklumkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Rich.

ARTIKEL BERKAITAN: Adele sambung belajar dalam bidang sastera Inggeris, mahu jadi seorang guru

ARTIKEL BERKAITAN: Adele turun 45 kg bukan sebab tertekan atau mahu balas dendam terhadap bekas suami - “Orang suka gambarkan wanita bercerai hilang arah tuju”

Malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Someone Like You itu turut memberi bayangan bakal bertunang selama setahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Adele juga pernah memberitahu bahawa dia kini sedang bahagia selain tidak sabar untuk memiliki anak bersama kekasihnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain