suria

Benci wanita ‘penyondol’... Shakira kini lebih kuat, tidak lagi mengharap cinta lelaki

Shakira tidak mahu lagi bergantung hidup pada lelaki.

PENYANYI Shakira memberitahu perpisahan dengan pemain bola Gerald Pique membuatkan dia mula sedar bahawa wanita tidak seharusnya terlalu bergantung hidup kepada lelaki.

Mengakui dirinya sebelum ini terlalu mengharapakan kasih sayang seorang lelaki, Shakira, 46, mengakui hidupnya kini sudah cukup sempurna bersama dua orang cahaya mata.

"Selama ini saya terpedaya dengan kata-kata bahawa wanita perlukan lelaki untuk melengkapi hidup. Saya terlalu bergantung kepada lelaki dan mencintai seseorang sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Pique dakwa Shakira amal ilmu hitam gara-gara letak patung ahli sihir di balkoni

"Apabila wanita lalui waktu sukar dalam hidup, dia akan menjadi lebih kuat. Sekarang hidup saya lebih sempurna dan hanya bergantung pada diri sendiri.

"Saya juga memiliki dua orang cahaya mata. Saya perlu jadi lebih kuat berbanding singa betina," katanya dalam satu temubual.

Pada Jun lalu, Shakira dan Pique mengumumkan perpisahan selepas 12 tahun hidup bersama.

Penyanyi lagu Hips Don't Lie ini dikatakan membuat keputusan untuk berpisah selepas mendapat tahu kekasihnya itu bersikap curang dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia tiada di rumah.

Shakira secara peribadi berkata dia amat membenci golongan wanita yang menjadi perosak kebahagiaan orang lain.

"Kepada wanita begini yang tidak menyokong antara satu sama lain, tempat mereka adalah di neraka!" luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain