suria

Ed Sheeran kemurungan dapat tahu isteri hidap tumor, tulis lagu sebagai terapi

Ed Sheeran dedah lalui fasa buruk dalam hidup.

PENYANYI Ed Sheeran memberitahu fasa terburuk dalam kehidupan yang pernah dilalui apabila isterinya, Cherry Seaborn disahkan menghidap tumor.

Ed atau Edward Christopher Sheeran, 32, berkata, Cherry dikesan mempunyai tumor ketika sedang hamil anak kedua mereka dan menyebabkan dia tidak dapat menerima rawatan sehingga bersalin.

Lebih memeritkan, ketika itu juga dia menerima berita sedih sahabat baiknya meninggal dunia secara mengejut ketika dia sedang berdepan kes mahkamah berhubung tuduhan pelanggaran hak cipta.

"Pada awal tahun 2022, satu peristiwa telah mengubah hidup dan kesihatan mental saya.

ed2 - 1

Ed Sheeran berkongsi peristiwa sedih dalam hidupnya.

"Dalam tempoh sebulan, isteri saya yang sedang hamil disahkan menghidap tumor tanpa boleh mendapatkan rawatan sehingga selepas bersalin.

"Kawan baik pula, Jamal meninggal dunia secara tiba-tiba ketika saya berada di mahkamah untuk mempertahankan integriti kerjaya saya sebagai penulis lagu," katanya.

Ed Sheeran berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran teruja timang anak kedua, rahsiakan tarikh lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran nyaris terbunuh Elton John gara-gara insiden baling loceng

Dalam pada itu, Ed Sheeran juga menjelaskan disebabkan oleh situasi buruk menimpa dirinya, dia sering mengalami kemurungan dan kebimbangan melampau.

Kata Ed Sheeran, menulis lagu adalah terapi untuk membantu menenangkan perasaannya di saat merasa ketakutan.

"Saya berasa seperti lemas, kepala seperti berada di bawah permukaan, melihat ke atas tetapi tidak dapat menembusi udara.

"Menulis lagu adalah terapi saya. Ia membantu saya untuk memahami perasaan sendiri. Saya menulis tanpa memikirkan lagu-lagu yang akan hit, sebaliknya menulis apa sahaja yang saya dapat fikirkan," ujarnya.

Untuk rekod, Ed melangsungkan perkahwinan dengan Cherry secara rahsia pada 2019 dan mengumumkan kelahiran anak perempuan mereka pada Mei 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain